Haram, perkataan yang senang sangat disebut oleh orang melayu dan diertikan serperti berunsur agama. Haram dalam kontek bahasa dan haram dalam konteks agama adalah terlalu berbeza. Ia berbeza kerana haram bahasa bermaksud tidak sah tetapi haram agama bermaksud tidak halal.
Jadi, haram manakah yang digembar gemburkan oleh media ini?
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno ‘menculik’ wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.
“Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
“Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini (harakah)
وَلاَ تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَـذَا حَلاَلٌ وَهَـذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُواْ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (QS. An-Nahl [16]: 116)
Assalamualaikum…
Ape yg tok guru nyatakan ada kebenarannya. Sekiranya berlaku perkara atau hal-hal yg menimbulkan syak atau syubhah yang tanpa pembuktian yg jelas perkara itu halal ia akan memberatkan kepada hukum haram.
Selagi kerajaan baru tidak mendatangkan bukti2 yg kukuh atas perubahan itu dan pihak yg bertanggungjawab sperti BRR, PDRM dan Mahkamah tidak menjalankan penyiasatan dan memutuskan dgn adil dan bijaksana keatas laporan-laporan yg telah dibuat tentulah boleh diklasifikasikan kerajaan baru terbentuk belum sah.
Sepatutnya laporan mengenai kehilangan ADUN, Akuan bersumpah mengenai 50juta dan kes rasuah dua ADUN tidak diselesaikan terlebih dahulu tentu sahaja orang ramai akan berbeza pendapat dan menimbulkan syak. Ini akan mendorong kepda kepetusan yg dibuat tidak tepat dan zalim.
Wassalam
“Sekiranya berlaku perkara atau hal-hal yg menimbulkan syak atau syubhah yang tanpa pembuktian yg jelas perkara itu halal ia akan memberatkan kepada hukum haram.”
maksudnya disini .. “halal sehingga menjadi haram” atau “haram sehingga menjadi halal”
tak pula tau yang hukum asas adalah haram sehingga dibuktikan halal..
setahu , hukum asas adalah halal sehingga di hukumkan haram..
apa yg pas ley buat setakat duduk sound org….nk jd ape…ckp pandai ar