http://abuirfan.al-fikrah.net/
http://abuirfan.al-fikrah.net/?p=315
Semalam kawan aku kata, dia ada masalah dengan ‘rangkaian’ kad ‘terbina-dalaman’. Katanya proses ’strim’ tak bagus. Dia syak ada kaitan dengan ‘kabel pasangan terpiuh’ pada ‘rangkaian gelang token’nya. Aku pun pelik, sebab sebelum ni dia kata dia guna ‘rangkaian bintang’ macam mana boleh hari ni guna ‘rangkaian gelang token’ pulak. Dia kata dia telah ‘melarikan’ ‘terminal dungu’ untuk ‘penyurihan’ ‘rangkaian’ tetapi tak berjaya sebab digangu oleh ‘pengalis’ . Aku cakap ngan dia, bila masa pulak dia ada ‘pengalis’ kerana setahu aku dia memang tak pernah guna ‘pengalis’ . Aku cakap ngan dia kenapa tak cuba ‘but’ ‘Cip Micropemproses’ , mungkin ada masalah ‘pemalam’ yang tak siap ‘pasang’ , sebab semalam dia ada ‘pasang’ ‘pemalam’ ‘protokol titik ke titik’ ‘demon’. Kemudian siasat ‘penghala dalaman’ ‘kebolehsediaan’ , kerana hal itu mungkin berkait dengan ‘jejambat’ yang dibuat pada dua ‘rangkaian’ kad ‘terbina-dalaman’ .
Dia kata dia dah buat semua tu, tapi tak berjaya jugak. ‘Sambungan’ asyik ‘jatuh’ walaupun ‘jejambat’ dibuang pada ‘rangkaian’ kad ‘terbina-dalaman’. Cumanya ‘rangkaian gelang token’ kat rumahnya ‘disulitkan’ . Dia pun tak tahu siapa buat. Yang bestnya, adik dia suruh siasat ‘pelompat’ pada ‘papan induk’ ‘Cip Micropemproses’. Dengan selamba aku terus herdik dia, “memang takda kaitan langsung!” Aku terus bengang! Aku tanya dia “kenapa tak siasat ‘bit bendera’ pada ‘bingkisan’ yang dihantar ’stesen kerja’ selepas ‘pengalis’ hingga sampai kepada ‘jejambat’? Ada kemungkinan ‘penimbal’ ‘rangkaian’ dipengaruhi oleh ‘permintaan untuk komen’? Takda kaitan langsung! Terus terpinga-pinga adik dia tak tahu nak jawab!
Akhirnya adik dia mengaku ada buat perubahan pada ‘kumpulan kerja’ pada ’stesen kerja’ member aku tu. Katanya memula dia cuba nak mencuba ‘demon’ ‘penghalaan berbilang kait’ kerana dia perasan ada ‘titik capaian rangkaian’ kat rumah sebelah. Dia cuma ‘melarikan’ ‘fail penduaan’ ‘demon’ ‘protokol titik ke titik’ dan membuat sedikit perubahan pada ‘kernal’. Dia juga melakukan ‘nyahpepijat’ pada ‘kernal’ setelah didapati ‘tetikus’nya tidak bergerak dengan betul serta dengan tidak sengaja ‘tetikusnya’ itu telah ‘melarikan’ ‘fail penduaan’ yang digunakan untuk mewujudkan ‘rangkaian korporat dalaman’ secara ‘otomatik’. Dia hanya perasan masalah ini semua bila ‘ketua post’ menghantar maklumat kepada ‘peti mail’ ‘akar’ .
Aku dah tak bleh tahan lagi, aku memang tak faham apa satu yang dia terangkan. Takda kaitan langsung! Apa bender yang dia nak terang ni. Aku terus jerit, Argghh!!! Lantak koranglah! Sendiri buat sendiri tanggunglah! Apa benda yang kau jelaskan ni memang otak tak boleh nak hadam! Aku blah jerlah camni, tak bleh nak tolong lagi! Kemudian aku jerit kat telinga adik dia… “Ko tau tak, aku tak paham pebenda langsung!”
Maka aku pun blah dengan gaya hero sambil jalan tangan selok dalam poket, tapi aku tak garu kepala demi menyembunyikan tahap kepeningan aku tu..
Korang paham? Kalau tak faham rujuk SINI.
……
Reality???