Saya tak pasti sama ada kisah ini benar atau salah tapi inilah kisah yang di lalui oleh seseorang yang saya kenal…
Ketika itu beliau belajar di tingakatan 4 sekolah agama di selangor, beliau dan kawan-kawan beliau adalah pelajar pelajar nakal sekolah yang pasti tidak disukai guru, warden dan pengetua. apa saja yang mereka lakukan akan sentiasa diperhatikan oleh “anjing-anjing” iaitu pengawas sekolah.
pada satu hari, beliau bercerita kepada kawan-kawanya (hanya beberapa orang sahaja) yang ketika dia terjaga dari tidur (pagi buta) dia ternampak seorang lelaki sedang memegang dan bermain main dengan “anu” nya disebelah katil.
orang yang bermain “anu” itu rupanya ketua pelajar (ketua pengawas) sekolah agama dan imam surau sekolah yang ketika itu belajar di tingkatan 5.
Beliau ini kemudian memberanikan diri melaporkan perkara tersebut kepada warden asrama. seperti yang dijangka,warden itu tidak mempercayai apa yang dilaporkan dan memarahi beliau ini kerana cuba memfitnah seorang ketua pelajar yang juga imam surau sekolah.
kerana tidak berpuas hati, beliau memanggil ibu bapanya dan melaporkan pula kepada pengetua. Sekali lagi pengetua dan semua warden tidak mempercayainya dan kemudian menceritakan semua keburukan beliau kepada ibu bapanya pula.
yang saya tahu, beliau terus menukar sekolah atas sebab sebab yang saya tidak ketahui dan semenjak itu kawan kawan mangsa memboikot semua sembahyang yang diimamkan oleh ketua pengawas itu dan wujudlah 2 imam pada satu masa. kawan kawan mangsa pula dimarahi kerana membuat perkara itu, tetapi kawan kawan mangsa tetap berdegil tidak akan berimamkan seorang yang berperangai seperti itu.
apa yang saya belajar dari perkara ini ialah…
“tiada keadilan yang akan anda dapat jika nama anda diburuk-burukan kerana sikap prejudis walaupun benda yang dilaporkan itu benar”
sekian terima kasih