Gambar dari forum superbike Malaysia
http://superbikemalaysia.com/index.php?showtopic=10970&st=165&#entry9803796
Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ekonomi/20080616002710/Article/index_html
Naza sasar jual 1,000 unit motosikal Blade
Oleh Ahmad Fiesal Othman
Model ditambah dengan penghadang angin, meter digital
NAZA Bikes Sdn Bhd mensasarkan jualan 1,000 unit motosikal Blade tahun ini susulan pelancaran model baru Blade 250 dan Blade 250R.
Ketua Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasaruddin SM Nasimuddin, berkata model Blade yang menjadi model motosikal berkuasa tinggi pertama keluaran Naza Bikes adalah antara model paling popular dalam rangkaian motosikal keluarannya dengan lebih 2,000 unit dijual sejak dilancarkan pada 2004.
Beliau berkata, model Blade mempunyai pengikutnya tersendiri dan pengenalan model yang diberi wajah baru, jualannya dijangka lebih baik.
“Setakat Mei lalu, 400 unit motosikal Blade dijual dan berikutan pengenalan model yang diberi wajah baru ini serta kenaikan harga minyak baru-baru ini, kami yakin permintaan terhadap motosikal ini akan meningkat,” katanya pada pelancaran model terbaru Blade 250/250R itu di Kuala Lumpur, kelmarin.
Naza Bikes yang ditubuhkan kira-kira lima tahun lalu, sudah melancarkan 13 model motosikal serta skuter berkapasiti 110cc hingga 650cc.
Model Blade 250/250R adalah keluaran Hyosung Motor Co yang berpusat di Korea Selatan yang lebih dikenali sebagai Comet 250/250R. Ia banyak dieksport ke pasaran antarabangsa dan amat popular di Australia, Perancis dan beberapa negara Eropah.
SM Nasaruddin berkata, Naza Bikes memberi wajah baru terhadap model Blade 250 itu yang antara lain menyaksikan penambahan penghadang angin di bahagian depan dan menggunakan meter digital yang baru.
Katanya, bagi model Blade 250R, penambahan pada reka bentuk grafik serta diberi kemasan ‘cubic printing’ pada fender hadapan untuk menyerlahkan lagi imej sporty model itu.
“Blade adalah motosikal yang menjimatkan minyak dengan kapasiti tangki yang boleh menampung 17 liter serta kuasa maksimum sehingga 160 kilometer sejam,” katanya.
Model Blade 250R mengekalkan harganya iaitu RM18,100 tidak termasuk cukai jalan, manakala Blade 250 berharga RM14,988 tidak termasuk cukai jalan berikutan penambahbaikan yang diperkenalkan.
Sempena pelancaran model terbaru Blade 250/250R itu, Naza Bikes mengadakan promosi ke seluruh negara dengan menawarkan percuma jaket ekslusif Naza Blade dan topi keledar jenama SOL yang keseluruhannya bernilai RM1,500 kepada 300 pembeli awal model baru itu.
salam,
kat mana nak dapatkan absorber belakang naza blade 250?
knape signal lights bukan krystal clear? xtau engine dia ni banyak problem spt like dulu dulu
engine sama..tengah tunggu naza bawak F. Injection punya engine.. kat korea dah kluar dah
naza blade 250R saya ada masalah disc brake belakang. km baru 3500, dah haus dan rosak. kalau bawak jarak jauh, selalu semput mcm xada power. apa problem dia?
sy punyai moto masalah brake belakang haus dan berbunyi,satu lagi sy cadangkan spare part moto tu biar ada,jangan jual moto tak ada spare part…..
blade 250 exaus dia mcmna..adakah ia b’bunyi mcm yamaha r1 or r6…
Sebenarnya problem brek haus tu masalah kecil je.Kalau nak selesai iku je petua tok ni. Setiap kali brek motor haus, cucu bagi je brek tu minum. Tak kisah cara mana pun. Nak simbah air ke, nak jirus air ke, dan air pula boleh pakai air kosong, air paip atau air sirap biki selasih. Insyaallah masalah brek haus tu akan hilang. Kalau tok salah bagi petua tu mintak maap je la. Al maklum la, tok mana pakai motosikar naza ke kawasaki ke. Tok pakai beskal raleigh je. Wasalam.
motor 2 piston (v-twin lak tu) mana nak sama bunyi ekzosnya macam motor 4-inline piston (superbike / sportbike) …
tapi sebab dah enjin v-twin..bila dah mod ekzos.. ada gak laa bunyi iras2 motor ducati (pun sebab enjin dia v-twin gak).
Soalan
naza blade 250R saya ada masalah disc brake belakang. km baru 3500, dah haus dan rosak. kalau bawak jarak jauh, selalu semput mcm xada power. apa problem dia?
Jawapan bernas
Disc belakang problem ?
Anda boleh selarikan rantai (chain) dengan roda belakang.
BoleH Grander pengetap disc untuk memulihkannya. Elakkan daripada menggunakan pelincir. ini hanya akan menyebabkan masalah karat (rust)
Semput ?
Periksa tongkat suis
dan Fuel Pump yang mungkin sedikit tersumbat.
Harap ini boleh membantu
hi, saya nk beli NAZA BLADE 250R. tapi saya nak tanya tentang buatan injin blade 250R, dari mana naza dapat kn teknologi injin blade 250R? ada sesetengah supplier menyatakan naza membeli teknologi daripada suzuki untuk membuat injin blade 250R, adakah ianya betul? maklum lah sebut je NAZA ianya pasti buatan daripada korea, bila ianya buatan dari korea sudah pasti ianya tidak berkualiti tinggi. pakai lama sket dah.. itu rosak ini rosak. cutting body nampak memang cantik, tapi teknologi injin itu lah risau menakutkan.
enjin Hyosung (Korea) .. enjin patented suzuki.. under license.. tapi buatan korea.. dia tiru enjin suzuki saja..
saza bike famus coz moto skoot dier yg seakan super bike tu….tp x laju mana pun…cpt rosak…x cantik…kalah dgn lc….tah ape2 tah punyer mto.