| Source : http://www.hijaukuning.com/main/
Kedah antara kelab terbaik |
| KUALA LUMPUR – Kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super dan persembahan cemerlang dalam Piala AFC membolehkan pasukan bola sepak Kedah berada di kedudukan 145 kelab dunia dalam rangking Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS). Lebih membanggakan kedudukan Kedah itu lebih baik berbanding kedudukan kelab bola sepak Eropah yang yang ternama seperti Aston Villa (156), Ajax Amsterdam (169), Manchester City (217) dan AS Monaco (282). Rangking yang diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu menunjukkan kedudukan kelab bola sepak seluruh dunia dan pungutan mata berdasarkan pencapaian kelab di kejohanan utama termasuk liga domestik. Bulan lalu, Kedah berada di kedudukan 266 dan melonjak 121 anak tangga dengan mengumpul 95 mata berkongsi mata dan kedudukan dengan sebuah lagi kelab ternama di Eropah, Feyenoord. Dalam pada itu, Perak, turut melonjak 214 anak tangga menduduki tangga ke-264 daripada kedudukan 478 pada bulan lalu. Sementara itu dua pasukan kelab serantau dari Singapura, Angkatan Tentera Singapura berada di tangga ke-81 manakala Home United FC menghuni tempat ke- 98. Pasukan Liga Perdana England, Manchester United mengungguli rangking berkenaan di tangga teratas, diikuti Chelsea di tempat kedua dan Barcelona di tangga ketiga. Kedudukan rangking kelab dunia itu boleh dilayari di lama web www.iffhs.de. – Utusan Malaysia - |
Kedah naik ke tangga 145 Ranking Dunia
May 28, 2008 by lompiang

kedah best
kedah boleh pergi lagi untuk menduduki ranking no 1
kedah the best….
no.1 malaysia…
KEDAH BEST AZRAI THE BEST OF THE BEST COACH
hijau, hang leh gi no 1………
husin suke tampar budak2 mrsm kkb. aku leh saman la……….
kedah hebak ka? aku rasa sabah fa bagus juga bah!!
smk kinarut rank ke berapa?