Semua orang dah tahu cerita TM keluar dari UMNO tetapi tak semua orang tahu kenapa TM keluar dari UMNO. Mungkinkah Tun tidak lagi rasa seperti seorang ahli UMNO? tetapi inilah realiti selama ini. Tiada apa yang dapat dibanggakan sebagai seorang ahli UMNO.
Tanyalah wakil wakil rakyat UMNO anda, apakah kelebihan menjadi ahli UMNO? Adakah ketua ketua UMNO akan dengar segala masalah rakyat yang disampaikan melalui seorang ahli UMNO (tiada jawatan)? Adakah ketua ketua UMNO kawasan atau wakil wakil rakyat UMNO mahu melayan seorang ahli UMNO biasa? Jawapanya, TIDAK SAMA SEKALI. Begitulah realiti UMNO sekarang, tiada lagi akar umbi, tiada lagi berjumpa rakyat, tiada lagi semangat bantu membantu.
Tepuk dada tanya selera, inilah kebenaran UMNO yang saya kenali. Saya tidak pernah kenal UMNO yang membantu rakyat tak mengira bangsa, agama apatah lagi parti politik. Saya pernah belajar bagaimana UMNO ditubuhkan dalam buku teks sejarah, tapi semangat rakyat dalam UMNO setahu saya telah lama luput.
UMNO yang saya kenali hanyalah satu parti politik yang melaungkan semangat ketuanan melayu, semangat bangsa tetapi hanya membantu segelintir kenalan atau orang orang mereka sahaja tetapi tidak akan membantu sama sekali sesiapa yang tak berkepentingan.
Kepada Tun Mahathir, selamat datang ke realiti politik UMNO. Kepada wakil wakil rakyat UMNO, sedarlah yang hidup ini umpama roda, ada masa diatas dan ada masa dibawah.
Mungkin apa yang saya tulis disini tiada kaitan dengan keluarnya AHLI PERTAMA UMNO (Tun Mahathir) tetapi lebih kepada realiti menjadi seorang ahli UMNO. Saya rasa inilah sebab utama TM keluar dari UMNO kerana dia tahu, seorang ahli UMNO pada hakikatnya dilayan oleh ketua ketua UMNO seperti buih buih di ombak, banyak tapi tiada gunanya kecuali ketika setiap pilihanraya.